Tumbuhan yang disebut bunga bangkai Bunga busuk

Amorphophallus

Banyak tumbuhan dalam genus Amorphophallus (keluarga Araceae) dipanggil "bunga bangkai". Salah satunya bunga bangkai gergasi (Amorphophallus titanum), yang mempunyai perbungaan tanpa cabang terbesar di dunia. Berbanding hanya sekuntum bunga, bunga bangkai ini menampakkan perbungaan atau bunga majmuk yang terdiri daripada tongkol atau tangkai bagi bunga jantan dan betina kecil yang disusutkan anatominya, yang dilitupi oleh seludang yang menggambarkan kelopak tunggal yang besar. Tumbuhan ini mempunyai mekanisma untuk menghangatkan tongkolnya bagi meningkatkan pembebasan bau bangkai reput yang kuat untuk menarik perhatian pendebunganya iaitu kumbang pemakan bangkai dan lalat daging (keluarga Sarcophagidae). Ia sulung kali dicirikan secara saintifik pada 1878 di Sumatera.[1]

Bunga Rafflesia kerrii, di Taman Negara Khao Sok, Selatan Thailand

Rafflesia

Bunga tumbuhan dalam genus Rafflesia (keluarga Rafflesiaceae) menyamai bau daging reput. Bau ini menarik perhatian lalat yang mendebungakan pokoknya. Bunga tunggal terbesar di dunia adalah R. arnoldii. Bunga aneh ini ditemukan di hutan hujan Borneo dan Sumatera. Ia boleh tumbuh sampai 90 sentimeter (3 ka) lebar dan seberat 7 kilogram (15 lb). R. arnoldii ini tumbuhan parasit pada pepanjat Tetrastigma, yang tumbuh di hutan dara. Ia tiada daun, akar dan batang yang tampak. Ia tidak berfotosintesis, tetapi menggunakan tumbuhan perumah untuk mendapatkan air dan nutrien.

Lalat hinggap pada bunga Orbea variegata

Stapelia

Tumbuhan dalam genus Stapelia turut dipanggil "bunga busuk". Ia tumbuhan sukulen kecil bak kaktus yang tak berduri. Kebanyakan spesiesnya tempatan dari Afrika selatan, dan malah ditanam sebagai tanaman berpasu. Bunga keseluruhan spesiesnya berbulu pada tingkat berlainan dan menghasilkan bau yang meniru bau daging reput. Ini menarik perhatian lalat penghapus sisa untuk pendebungaan. Bunganya pada sesetengah spesies boleh jadi sangat besar, yang ketara Stapelia gigantea boleh mencapai 30 sm (51 m) garis pusat.

Smilax or Nemexia

Di Amerika Utara, pepanjat herbaan genus Smilax (akar banar) dikenal sebagai "bunga busuk". Tumbuhan ini mempunyai sejambak bunga kecil kehijauan. Anggotanya yang paling dikenal dalam kumpulan ini ialah Smilax herbacea. Tumuhan ini kadang-kadang diletakkan dalam genus Nemexia.

Bulbophyllum

Anggerik genus Bulbophyllum mengeluarkan bunga yang berbau kuat. Bunganya mengeluarkan aneka bau menyamai getah, kencing, darah, najis, bangkai, dan, pada sesetengah spesies, haruman buah yang wangi. Kebanyakannya didebunga oleh lalat, dan menarik perhatian gerombolan lalat. Bulbophyllum beccarii, Bulbophyllum fletcherianum dan Bulbophyllum phalaenopsis yang kembang menyamai bau macam sekawan gajah mati. Bau bunganya yang melampau dikatakan membuatkannya sukar untuk berjalan di dalam rumah hijau ketika ia sedang kembang.[2]